Tarikh: 10 November 2018
Masa: 4.00 pm – 5.00 pm
Tempat: Pusat Internet Kampung Lata Janggut
Kelas: Menyiapkan Tugasan Kerja Kursus
Tujuan
Tujuan kami mengadakan kelas seperti ini adalah untuk memberi kemudahan kepada pengguna melakukan kerja mereka dengan mudah. Selain itu, mereka dapat meluangkan masa dengan sebaiknya untuk menyiapkan kerja tersebut tanpa sebarang gangguan dari apa-apa masalah.
Aktiviti
Pengguna hanya menggunakan komputer dan mereka melakukan kerja dan mencari maklumat di dalam internet yang berkaitan dengan kerja kursus dan menyalin maklumat tersebut serta mengedit mengikut syarat yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Mereka akan mencetak bahan yang telah siap dibuat untuk menyerahkan kepada guru mata pelajaran tersebut.