Pada 15 September 2017, bertempat di Pusat Internet 1Malaysia Kg Lata Janggut telah diadakan sesi menggunakan internet untuk mencari maklumat tentang Sejarah Masjid yang terdapat di Malaysia. Program ini diadakan bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah tentang pencarian maklumat menggunakan internet dengan betul.
Program ini bermula jam 2.30 sehingga 4.30 petang. Program ini dijalankan di bilik latihan PI1M. Peserta diminta untuk menggunakan Microsoft Word untuk menyalin maklumat daripada internet.
Diharapkan program ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan terutamanya dalam mencari maklumat dengan betul.