Tarikh | 2 Februari 2019 |
Masa | 9.30 – 10.30 Pagi |
Tempat | Bilik Latihan PI Kg.Lata Janggut |
Tujuan
Aktiviti ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi pembelajaran yang berterusan kepada semua peserta yang datang ke PI dan memberi mereka ilmu pengetahuan yang mungkin berlainan daripada pembelajaran mereka sewaktu di sekolah. Pembelajaran yang PI anjurkan adalah lebih menarik perhatian para peserta yang ingin mengikuti dan lebih menyeronokkan dengan suasana pembelajaran yang sangat selesa dan persekitaran yang nyaman dan berhawa dingin.
Aktiviti
Para peserta yang berkunjung ke PI akan mengikuti aktiviti atau kelas yang tenaga pengajar aturkan. Penglibatan terbuka kepada semua peserta yang berminat untuk mengikutinya.