Tarikh | 9 Februari 2019 |
Masa | 10.00 – 12.00 Tengahari |
Tempat | Bilik Latihan PI Kg.Lata Janggut |
Tujuan
Aktiviti ini dijalankan adalah bertujuan untuk membantu pelajar sekolah mencari maklumat di atas talian berkaitan subjek yang mereka pelajari. Selain itu, kami juga ingin membantu mereka dan memberi kemudahan kepada mereka untuk mencari maklumat dengan senang.
Aktiviti
Para pelajar yang berkunjung ke PI untuk mencari maklumat bagi mata pelajaran yang mereka pelajari akan memaklumkan tujuan mereka. Tenaga pengajar akan membantu mereka untuk mencari maklumat dan memberi tunjuk ajar dengan sebaiknya. Kali ini mereka ingin mencari maklumat untuk subjek Pendidikan Seni iaitu mencari contoh-contoh gambar yang dikehendaki.