| Tarikh | 21 Mac 2019 |
| Masa | 11.00 – 1.00 Petang |
| Tempat | PI Kg.Lata Janggut |
Tujuan
Aktiviti ini dihadiri oleh seorang peserta. Ia bertujuan memberi latihan kepada peserta untuk melakukan aktiviti yang pihak pusat internet sediakan dengan melibatkan diri mereka serta mempelajari ilmu yang diberikan ini dengan sebaik-baiknya. Disamping itu, pihak kami juga ingin membantu mereka dengan aktiviti yang berfaedah dan mendatangkan keuntungan kepada diri meraka semua.
Aktiviti
Pada kali ini pusat internet mengadakan kelas untuk membuat permohonan biasiswa secara atas talian bagi mereka yang ingin meneruskan pembelajaran mereka.Mereka dikehendaki mengisi borang melalui laman web yang tertera. Perkara ini bagi memberi kemudahan kepada mereka yang ingin meneruskan pembelajaran mereka dan tidak mampu menyara kos yang pihak pengurusan perlukan. Dengan adanya biasiswa ia dapat menampung kehidupan mereka disana.