Nama: Muhamad Alif Zulkarnain Bin Mohd Latfee | |
Umur : 13 Tahun | |
Ahli PI: 2017 |
Latar Belakang
Muhamad Alif Zilkarnain merupakan pelajar Tingkatan 1 di Sek Men Keb Batu Melintang. Beliau merupakan salah seorang daripada ahli pusat internet yang berdaftar dan pengunjung yang setia di pusat internet. Beliau merupakan penduduk Kampung Lata Janggut. Namun,beliau tidak tahu untuk menggunakan komputer dan tiada kemahiran untuk menguasainya. Perkara ini menjadikan beliau satu halangan untuk terus menggunakan komputer seperti orang-orang lain tambahan lagi apabila ingin membuat tugasan yang berkaitan dengan sekolah.
Sebelum Penggunaan
Beliau tidak tahu bagaimana cara untuk menggunakan komputer tersebut dengan lebih cekap. Beliau hanya melihat rakan-rakan sahaja yang menggunanya. Apabila diperhatikan, tenaga pengajar mencadangkan beliau untuk mengikuti kelas yang dijalan di pusat internet untuk memberi latihan dan ilmu asas tentang penggunaan komputer.
Selepas Penggunaan
Melalui kelas asas komputer yang dibimbing oleh tenaga pengajar Pusat Internet Kg. Lata Janggut, beliau kini telah pandai menggunakan komputer dengan bijak dan penggunaan kearah perkara yang lebih berfaedah. Dengan ilmu dan kemahiran yang beliau miliki kini, beliau boleh menggunakan komputer sebagai medium utama untuk melaksanakan tugasan kerja kursus,mencari maklumat dan membuat ulang kaji,latuh tubi serta latihan matapelajaran untuk persediaan pt3 pada masa akan hadapan.