NAMA : NUR ZAIDA BATRISYA BINTI MOHD NOORZAIDI
UMUR : 12 TAHUN
AHLI PI : 2017
LATAR BELAKANG
Zaida merupakan seorang anak sulung yang daripada tiga orang adik-beradik yang bersemangat ketika datang ke Pusat Internet Komuniti. Beliau selalu manfaatkan masa yang ada di sini dengan melayari internet, ada ketika untuk pembelajara dan ada ketika untuk mengisi masa lapang. Beliau sudah terbiasa dengan suasana pembelajaran di PiK.Sebelum bantuan petugas, beliau takut untuk menggunakan fasaliti yang tedapat di Pusat Internet Komuniti kerana tidak pernah menggunakannya sebelum ini. Selepas sudah terbiasa dengan suasana Pusat Internet Komuniti, pelajar tersebut sangat sederhana mahir dalam mengendalikan peralatan komputer di sini. Dalam suasana Covid-19, beliau menjadi PiK sebagai tempat yang wajib di kunjungi untuk melayari internet dan juga belajar online.
Sebelum penggunaan ict
Sebelum ini zaida hanya belajar dirumah dan bersama kawan-kawan sahaja. Beliau tidak tahu apa itu ict, memandangkan segala kemudahan dan kelengkapan juga tiada,ia menjadi sebab utama untuk zaida tidak mengambil tahu berkaitan ict tersebut. Memandangkan ibubapa juga kurang mengambil berat berkaitan pembelajaran anak-anak secara terus dan lancar.
Selepas penggunaan ict
Beliau sudah biasa dan kerap datang ke pusat internet komuniti, banyak perubahan yang terjadi kepada beliau. Sekarang, beliau sudah pandai dan fasih bermain ict. Perkara ini kerana hasil titik peluh beliau sendiri yang berusaha belajar sama ada secata terus mahupun secara atas talian. Tambahan lagi, petugas banyak membantu beliau dalam penggunaan ict dan menguasai ict dengan cara yang betul.