Tarikh: 18.11.2017
Tempat: Bilik Latihan PI1M Kg.Lata Janggut
Masa: 10.00am – 1.00pm
Peserta: 6 Orang
Tujuan
PI1M mengadakan aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada komuniti setempat supaya menjadikan pusat ini salah satu tempat atau platform mempelajari dan menimba pelbagai ilmu yang diberikan secara percuma kepada masyarakat seterusnya dapat merebut peluang keemasan yang pihak pusat internet sediakan ini.Disamping itu, aktiviti yang pihak kami sediakan ini adalah untuk kegunaan pelajar-pelajar sekolah dalam melaksanakan tugasan yang diberikan oleh guru-guru dengan sempurna pada masa kini. Boleh dikatakan segala aktiviti di lakukan di hujung jari sahaja.
Aktiviti
Tenaga pengajar telah sediakan bahan-bahannya ,tugas yang peserta harus lakukan ialah gunakan bahan yang tenaga pengajar sediakan itu dan ubah jadikan bahan tersebut lebih menarik serta hasilkan kreativiti pada bahan yang diberikan itu. Selapas itu, tenaga pengajar akan menilai hasil kerja yang peserta lakukan. Disitu kita dapat menilai dan melihat sejauh mana kemahiran dan kecekapan peserta-peserta tersebut untuk dijadikan kajian bagi pihak kami. Dengan kajian yang diperolehi itu,pihak kami akan menyediakan pelbagai aktiviti untuk menarik minat peserta mengikutinya.