Masjid Sungai Long
Surau Kg Lata Janggut Hilir
Surau Kg Lata Janggut Hulu
Masjid Kg Sungai Long dan Surau Kg Lata Janggut – Kemudahan awam yang terdapat di Kampung Lata Janggut boleh disifatkan sebagai sempurna dan lengkap. Hampir keseluruhan penduduk mendapat bekalan elektrik dan air yang mencukupi. Disamping itu, kemudahan-kemudahan asas seperti dewan serbaguna, gelanggang sepak takraw, padang bola, jalanraya berturap, surau dan masjid turut terdapat di sekitar Kg Sungai Long dan Kg Lata Janggut. Masjid ini terletak di Kg Sungai Long iaitu kira-kira 5km dari Kg Lata Janggut. Kemudahan asas masjid ini digunakan oleh penduduk sekitar Kg Sg Long seperti Kg Lata Janggut, Kg Kuala Long dan sekitarnya.
Selain daripada kemudahan asas yang terdapat di kawasan kampung, penduduk juga boleh mendapatkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan lain seperti perbankan, perkhidmatan pos, kesihatan dan keperluan harian di Bandar Jeli.