mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan – Q4 2017 (Mohd Saiful bin Yusoh)

IMG 20171214 130312

Nama: Mohd Saiful bin Yusoh

Umur: 28 Tahun

Produk: Second Hand (redwing shoes)

Nama Fb dan Ig: Mohd Saiful / saifulyusoh

Latar Belakang 

Encik Saiful merupakan usahawan yang menjalankan perniagaan secara atas talian. Beliau menjual barangan second hand iaitu kasut yang diimport dari Jepun.Tetapi,untuk menjadi trusted seller yang berjaya,beliau harus belajar untuk menjadi penjual yang dipercayai dan diterima oleh pelanggan dengan keyakinan diri yang ditunjukkan itu.Jadi,penggunaan IT juga perlu kena dengan cara dan gaya untuk melambangkan imej sebagai seorang penjual.Kepelbagaian sumber IT perlu digunakan untuk mempromosikan jualan tersebut.

Sebelum Penggunaan/Penglibatan

-Apabila menyedari akan kepentingan internet dan kuasa media baru seperti instagram , whatapps,telegram dan facebook merupakan platform yang terbaik untuk mempromosikan perniagaannya. Hal ini menjadikan beliau berminat untuk mempelajari ilmu perniagaan secara online dan menjadikan pusat internet sebagai medium utama untuk meluaskan sumber pendapatan beliau. Di samping itu, beliau menjadikan staff pusat internet sebagai rujukan utama untuk beliau.

Selepas Penggunaan/Penglibatan

-Selepas mengikuti aktiviti yang diadakan di pusat internet, kini perniagaan beliau mendapat sambutan lebih menggalakkan dan bertambah maju. Pelanggan beliau bukan sahaja orang tempatan,tetapi rata-rata yang datang untuk membeli dan membuat pesanan. Pendapatan beliau juga meningkat berkali ganda daripada sebelum ini.