Tarikh: 15 Julai 2018
Masa: 3.30pm – 5.30pm
Tempat: Pusat Internet Kampung Lata Janggut
Kelas: Menyalin Maklumat
Tujuan
Tujuan kami mengadakan kelas seperti ini adalah untuk mengisi masa lapang anak-anak dengan aktiviti yang mendatangkan faedah kepada semua. Selain itu, anak-anak dapat meningkatkan daya pemikiran mereka dengan berfikir dengan pantas serta dapat melahirkan generasi yang berdedikasi dan cemerlang.
Aktiviti
Pelajar menggunakan rangkaian internet untuk mencari maklumat dan menyalin maklumat tersebut untuk rujukan kerja kursus . Maklumat yang mereka dapat itu adalah sebagai lampiran kerja kursus mereka.