Tarikh: 5 Ogos 2018
Masa: 10.00am – 1.00pm
Tempat: SMU Jeli
Peserta: 66 Orang
Tujuan
Tujuan kami mengadakan program seperti ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada anak-anak dengan aktiviti dan kemahiran yang mendatangkan faedah kepada semua. Selain itu, anak-anak dapat meningkatkan daya pemikiran mereka dengan berfikir dengan pantas serta dapat melahirkan generasi yang berdedikasi,cemerlang dan kreatif.
Aktiviti
Program ini dijalankan di SMU Jeli dengan kerjasama Kluster Jeli dan guru-guru untuk menarik perhatian pelajar dalam menjayakan program yang pihak kami lancarkan ini. Walaubagaimanapun, program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua pihak samada guru-guru mahupun pelajar-pelajar tersebut. Program ini akan diadakan di seluruh sekolah-sekolah yang terpilih di kawasan jeli ini.