Tarikh: 15 oktober 2018
Masa: 11.00am – 1.00pm
Tempat: Pusat Internet Kampung Lata Janggut
Kelas: Mewarna pelajar tadika
Tujuan
Tujuan kami mengadakan aktiviti sebegini adalah untuk menyatukan dan merapatkan ikatan antara dua jabatan dan bersatu serta bekerjasama dalam apa-apa aktiviti yang dijalankan disini. Selain itu, ia merupakan salah satu aktiviti yang selalu diadakan antara Pusat Internet dengan Tadika di kawasan ini.
Aktiviti
Setiap pelajar akan disediakan kertas dan peralatan mewarna setiap orang. Mereka diminta mewarna gambar yang telah disediakan oleh tenaga pengajar dan guru serta tenaga pengajar Pusat Internet akan membuat penilaian daripada hasil yang mereka tunjukkan setelah siap mewarna nanti. Selepas penilaian dibuat ,pelajar akan diberikan hadiah sebagai tanda pembakar semangat agar mereka dapat meningkatkan lagi diri ke arah yang lebih cemerlang.