Bukit Salor merupakan salah satu kawasan ecopelancongan yang terletak di Kampung Salor kira-kira 20 kilometer dari pusat bandar Jeli.
Kawasan ini menjadi tempat yang tumpuan bagi pengunjung yang berminat dengan aktiviti pendakian, fotografi dan rekreasi kerana menwarkan panorama dan keindahan semula jadi. Selain itu, Bukit Salor juga terkenal dengan pelbagai spesies flora dan fauna yang jarang ditemui.
Antara kemudahan yang terdapat di kawasan ini adalah tempat letak kenderaan di kaki bukit, tempat rehat serta laluan mendaki yang selamat untuk pengunjung.


sumber:- https://malaysiaaktif.my/2025/01/bukit-salor-destinasi-eko-pelancongan-jeli/
