mcmc
Kisah Kejayaan

Celik IT – Q4 2017 (Nur Fatin Farhanah binti Mohd Latfee)

IMG 20180611 115838

Nama: Nur Fatin Farhanah binti Mohd Latfee

Umur: 12 Tahun 

Latar Belakang

Nur Fatin Farhanah merupakan pelajar darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Sungai Long. Beliau adalah seorang pelajar yang tergolong dalam golongan pelajar target di sekolah tersebut. Memandangkan ramai kanak-kanak di kawasan pedalam yang memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar dalam bidang IT,tenaga pengajar pusat internet mengadakan kelas asas untuk mempelajari IT kepada penduduk tempatan terutamanya pelajar-pelajar sekolah.

Sebelum Penggunaan/Penglibatan

-Beliau tiada pengetahuan asas dalam bidang IT. Beliau menyedari kepentingan It dalam kehidupan seharian tambahan beliau akan menjejak kaki ke sekolah menengah nanti,banyak kerja kursus dan latihan yang perlu menggunakan It , jadi beliau mengambil keputusan untuk mengikuti latihan di pusat internet ini. 

Selepas Penggunaan/Penglibatan

-Melalui kelas asas komputer yang di bimbing oleh tenaga pengajar pusat internet , beliau kini telah mahir menggunakan komponen yang terdapat dalam komputer dengan mahir  menggunakan komputer. Beliau juga telah mahir menggunakan aplikasi whatapps sebagai bahan komunikasi yang pantas melalui telefon.

      IMG 20180611 115856