Nama: Mohd Asyraf Bin Kamarulzaman
Umur: 10 Tahun
Latar Belakang
Mohd Asyraf merupakan pelajar darjah 4 di sekolah kebangsaan Sungai Long. Beliau tiada pengetahuan asas dalam bidang IT dan hanya mengetahui tentang penggunaan YouTube sahaja. Beliau merupakan seorang pelajar yang berminat untuk belajar benda yang baru.
Sebelum Penggunaan
-Sebelum mengikuti kelas yang diadakan di pusat internet ini, tenaga pengajar dapati beliau tidak tahu macam mana untuk menggunakan komputer dengan cara yang betul dan tiada keyakinan diri untuk menggunakan apabila disuruh oleh tenaga pengajar.
Selepas Penggunaan
-Selepas penglibatan beliau melalui kelas asas komputer yang dibimbing oleh tenaga pengajar Pusat Internet , beliau kini telah mahir menggunakan komponen asas komputer serta boleh mencari maklumat dan melakukan kerja yang diberikan dengan pantas dan berkeyakinan.