mcmc
Kisah Kejayaan

Celik IT – Q2 2020 (Siti Khairunnisa Binti Muhammad)

 

NAMA : SITI KHAIRUNNISA BINTI MUHAMMAD

UMUR : 12 TAHUN

AHLI PI : 2019

 

LATAR BELAKANG

Nur Khairunnisa merupakan  seorang pelajar yang sedang belajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Long. Beliau berumur 12tahun dan akan menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Pada awal menjadi ahli, Khairunnisa selalu datang ke PI untuk melayari internet dan juga selalu menjadi peserta dalam setiap aktiviti yang diadakan di PI. Ibubapanya juga tidak risau jika Nisa datang ke PI kerana banyak aktiviti yang berfaedah dilakukan. 

Sebelum penggunaan ict

Sebelum bantuan petugas PI, Khairunnisa sudah mempunyai asas mengendalikan komputer tetapi tidak secara khusus dalam Mic Office Words. Jika dalam mengawal tetikus dan papan kekunci,beliau sudah mahir.

Selepas penggunaan ict

Kebanyakan aktiviti yang dilakukan di PI,beliau akan menyertai dengan bersemangat dan kadang kala beliau dan rakan-rakan akan memohon untuk membuat kelas/aktiviti yang berfaedah terutamanya dalam kuiz Online. Kalau bab menaip beliau sangat pantas dan juara dalam kalangan rakannya.