Nama: Mohamad Shazwan Alif Bin Jidin
Umur: 14 Tahun
Latar Belakang
Mohamad Shazwan merupakan pelajar Tingkatan 2 di Sek Men Keb Batu Melintang. Beliau merupakan salah seorang daripada ahli pusat internet yang berdaftar dan pengunjung yang setia di pusat internet. Beliau merupakan penduduk Kampung Lata Janggut. Namun, terdapat sedikit kekurangan pada beliau iaitu beliau tidak tahu untuk menggunakan komputer dan tiada kemahiran untuk menguasainya. Perkara ini menjadikan beliau satu halangan untuk terus menggunakan komputer seperti orang-orang lain tambahan lagi apabila ingin membuat tugasan yang berkaitan dengan sekolah
Sebelum Penggunaan
Beliau tidak tahu bagaimana cara untuk menggunakan komputer tersebut bahkan untuk menguasai tetikus pon dengan teragak-agak. Beliau hanya melihat rakan-rakan sahaja yang menggunanya. Apabila diperhatikan, tenaga pengajar mencadangkan beliau untuk mengikuti kelas yang dijalan di pusat internet untuk memberi latihan dan ilmu asas tentang penggunaan komputer.
Selepas Penggunaan
Melalui kelas asas komputer yang dibimbing oleh tenaga pengajar Pusat Internet Kg. Lata Janggut, beliau kini telah pandai menggunakan komputer dengan bijak dan penggunaan kearah perkara yang lebih berfaedah. Tambahan pada tahun hadapan beliau akan menduduki pt3. Dengan ilmu dan dan kemahiran yang beliau miliki kini, beliau boleh menggunakan komputer sebagai medium utama untuk melaksanakan tugasan kerja kursus,mencari maklumat dan membuat ulang kaji,latuh tubi serta latihan matapelajaran untuk persediaan pt3 pada tahun hadapan.
– Antara penglibatan beliau di Pusat Internet.
– Kelas dan aktiviti yang turut disertai oleh beliau.