Mohamad Isa merupakan pelajar darjah 6 di sekolah kebangsaan Sungai Long. Beliau juga merupakan pelajar Kurang Upaya dan mempunyai masalah pembelajaran.
Sebelum Penggunaan/Penglibatan
-Beliau tiada pengetahuan asas dalam bidang ICT dan hanya mengetahui tentang penggunaan YouTube sahaja. Ini disebabkan oleh tiada kemudahan dan tempat untuk dijadikan rujukan dan pembelajaran untuk beliau. Memandangkan kedudukan keluarga yang tidak mampu untuk menghantar anak-anak belajar ke tempat berbayar.
Selepas Penggunaan/Penglibatan
-Selepas penglibatan beliau melalui kelas asas komputer yang dibimbing oleh tenaga pengajar Pusat Internet, beliau kini telah mahir menggunakan komponen asas komputer serta boleh membaca dan menulis walaupun tidak secekap kanak-kanak lain.