Tarikh | 8 JUN 2023 |
Masa | 2.00 – 4.00 PETANG |
Tempat | PI Kg.Lata Janggut |
Tujuan
Tujuan pedi ditubuhkan adalah untuk memberi kemudahan kepada warga komuniti untuk melakukan aktiviti seharian dan melakukan kerja-kerja mereka kerana pihak PEDI telah menyediakan segala kelengkapan kepada pengguna yang datang ke pusat kami. Selain itu, PEDI juga ingin membantu para pengguna terutamanya yang tinggal di luar bandar agar dapat memberikan perkhidmatan sejagat dan memberikan perkhidmatan ICT secara meluas kepada para pengguna di luar sana.
Aktiviti
PEDI telah melantik dan menyediakan staff yang telah dilatih untuk melaksanakan dan menguruskan tugas-tugas di PEDI dengan sebaiknya. Selain itu, pelbagai aktiviti dan program telah dilaksanakan di PEDI untuk komuniti tempatan secara percuma dan secara mudah. PEDI juga memberikan banyak peluang kepada pengguna yang ingin menggunakan dan melakukan kerja di sini tanpa apa-apa syarat berat kerana tujuan adalah untuk membantu dan meringankan beban komuniti setempat dan membantu semampu yang pihak kami boleh.