Buat semua warga komuniti, kini urusan bayaran bil untuk keperluan seisi keluarga boleh dilakukan dengan lebih mudah, cepat dan selesa di NADI. Tidak perlu lagi beratur panjang atau berulang-alik ke bandar. Di NADI, anda boleh membayar bil seperti elektrik, air dan perkhidmatan telekomunikasi dan banyak lagi di satu lokasi yang dekat dengan komuniti.
NADI menyediakan persekitaran yang mesra keluarga, lengkap dengan bantuan petugas yang sedia membantu anda sepanjang urusan.
Selain menjimatkan masa, kemudahan ini juga membantu keluarga merancang urusan harian dengan lebih baik. Sambil mengurus bayaran bil, anda juga boleh mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan digital dan kemudahan lain yang disediakan untuk komuniti setempat.
