Tarikh: 19 Julai 2018
Masa: 2.30pm – 4.30pm
Tempat: Pusat Internet Kampung Lata Janggut
Kelas: Kelas Karangan Bahasa Inggeris
Tujuan
Tujuan kami mengadakan kelas seperti ini adalah untuk mengisi masa lapang anak-anak dengan aktiviti yang mendatangkan faedah kepada semua. Selain itu, anak-anak dapat meningkatkan daya pemikiran mereka dengan berfikir dengan pantas serta dapat melahirkan generasi yang berdedikasi dan cemerlang.
Aktiviti
Tenaga pengajar sudah sediakan bahan-bahan untuk aktiviti dengan selengkapnya. Antaranya, kertas aktiviti,alat tulis dan bahan-bahan lain yang diperlukan untuk aktiviti tersebut. Mereka menggunakan Micrsoft Word untuk menyalin karangan tersebut.