Tarikh: 7 September 2018
Masa: 3.30pm – 5.30pm
Tempat: Pusat Internet Kampung Lata Janggut
Peserta: 4 Orang
Tujuan
Tujuan kami mengadakan kelas seperti ini adalah untuk mengisi masa lapang anak-anak dengan aktiviti yang mendatangkan faedah kepada semua. Selain itu, anak-anak dapat meningkatkan daya pemikiran mereka dengan berfikir dengan pantas serta dapat melahirkan generasi yang berdedikasi,cemerlang dan kreatif.
Aktiviti
Mereka telah disediakan dengan PC setiap orang untuk melakukan aktiviti yang dijalankan itu. Selain itu, mereka juga dapat menggunakan internet untuk mencari bahan rujukan berkaitan aktiviti yang dijalankan itu. Masa akan diberikan oleh tenaga pengajar berapa lama aktiviti itu dijalankan dan setiap pelajar hendaklah mengilhamkan aktiviti tersebut mengikuti kreativiti dan kepandaian masing-masing.