Tarikh: 1 Ogos 2018
Masa: 3.00pm – 5.00pm
Tempat: Pusat Internet Kampung Lata Janggut
Peserta: 9 Orang
Tujuan
Tujuan kami mengadakan kelas seperti ini adalah untuk mengisi masa lapang anak-anak dengan aktiviti yang mendatangkan faedah kepada semua. Selain itu, anak-anak dapat meningkatkan daya pemikiran mereka dengan berfikir dengan pantas serta dapat melahirkan generasi yang berdedikasi,cemerlang dan kreatif.
Aktiviti
Tenaga pengajar sudah sediakan bahan-bahan untuk aktiviti dengan selengkapnya. Antaranya, kertas aktiviti,alat tulis dan bahan-bahan lain yang diperlukan untuk aktiviti tersebut. Selain itu,mereka diminta untuk mencari gambar-gambar dan bahan yang terdapat di dalam internet dan mengedit gambar tersebut secara teliti.Selepas itu,tenaga pengajar akan mencetak gambar tersebut dan menghias untuk menjadi lebih menarik.