Tarikh: 20 oktober 2018
Masa: 11.00am – 12.00pm
Tempat: Pusat Internet Kampung Lata Janggut
Kelas: Kelas mewarna pelajar sekolah rendah
Tujuan
Tujuan kami mengadakan kelas seperti ini adalah untuk membantu para pelajar mengisi masa mereka dengan cara-cara yang berfaedah. Selain itu, kita juga dapat membantu mereka untuk lebih fasih menggunakan komputer serta tahu cara penggunaan yang betul.
Aktiviti
Aktiviti ini dijalankan kepada pelajar sekolah rendah untuk mengisi masa lapang mereka . Disamping itu, tenaga pengajar juga dapat melihat dan menarik perhatian kanak-kanak untuk terus datang ke Pusat Internet ini . Selain itu, sambutan dari kanak-kanak juga memberangsangkan .