Kelas Tiny Techies Microbit adalah pembelajaran secara webinar terbuka kepada pelajar sekolah yang berminat untuk menyertai dan mengikuti kelas jangka masa pendek yang diadakan di setiap NADI yang berdekatan dengan kawasan masing-masing. Ia memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak yang berminat dengan robotic dan secara tidak langsung memberi satu pembelajaran serta ilmu baru kepada peserta yang mengikutinya.