Tarikh: 5 Mac 2018
Masa: 4.00 pm – 5.00 pm
Tempat: Training Room PI1M
Peserta: 2 Orang
Tujuan
Tujuan tenaga pengajar adakan kelas sebegini adalah untuk memberi pendedahan dan menilai sejauh mana kemampuan mereka dalam mengendalikan diri dengan situasi semasa dan pergaulan serta kefahaman yang mereka perolehi dari pembelajaran yang disediakan itu. Disamping itu, tenaga pengajar juga dapat membantu mereka untuk lebih berani menonjolkan diri dalam kalangan orang ramai dengan keyakinan diri yang kukuh. Tenaga pengajar juga menyediakan latihan berkomunikasi antara dua hala bagi membolehkan mereka rasa yakin untuk berhadapan dengan orang ramai.
Aktiviti
Mereka disediakan dengan bahan-bahan oleh tenaga pengajar. Aktiviti menulis dimulakan terlebih dahulu untuk menilai sejauh mana kefahaman mereka. Selepas itu, aktiviti “Mengenali Diri Anda” diadakan untuk memberi peluang kepada mereka kenal diri mereka dengan lebih dekat . Akhir sekali, aktiviti pengenalan diri secara berkomunikasi diadakan bagi melatih diri mereka menampilkan diri dengan lebih berkeyakinan dan lebih positif .