Tarikh: 6 Julai 2018
Masa: 11.30am – 12.30pm
Tempat: Pusat Internet Kampung Lata Janggut
Kelas: Kerja Kursus Geografi
Tujuan
Tujuan kami mengadakan kelas seperti ini adalah untuk mengisi masa lapang anak-anak dengan aktiviti yang mendatangkan faedah kepada semua. Selain itu, anak-anak dapat meningkatkan daya pemikiran mereka dengan berfikir dengan pantas serta dapat melahirkan generasi yang berdedikasi dan cemerlang.
Aktiviti
Pelajar sudah disediakan dengan kelengkapan dan peralatan yang secukup di pusat internet. Antara kemudahan yang ada ialah komputer, rangkaian internet yang berkelajuan tinggi dan peralatan fotostat dan printer untuk kemudahan semua penggunakan yang memerlukan.