PENGUSAHA KILANG ROTI – Apabila ada yang menyebut atau menceritakan tentang Kg.Lata Janggut ia tidak asing lagi didengari oleh semua orang kerana tempat ini menjadi tempat tarikan pelancong sama ada di dalam atau luar negeri. Selain itu, kampung ini mempunyai tarikannya tersendiri dengan adanya air terjun semulajadi yang boleh dijadikan tempat berkelah. Disamping itu, tidak ketinggalan juga kampung ini mempunyai kilang roti yang pengusahanya merupakan orang tempatan kampung ini. Rotinya sudah popular di merata-rata tempat dengan adanya aneka pilihan mengikut citarasa pengguna. Kilang roti ini menjadi pilihan ramai kerana tempatnya yang strategik kerana berada di tengah-tengah kampung dan penduduk mudah berkunjung untuk membeli . selain itu juga, ia juga menerima tempahan untuk sebarang majlis . Lebih-lebih lagi,rotinya sangat lembut dan sedap dimakan.