Nama: Nur Syuhada Binti Napih | |
Umur : 20 Tahun | |
Ahli PI: 2019 |
Latar Belakang
Beliau merupakan bekas pelajar dari Kolej Komuniti Jeli dan mengambil jurusan Pastri. Tujuan beliau mengikuti kelas disini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan mencari ilmu untuk jualan secara online. Disamping itu, segala kemudahan dan bekalan yang disediakan di PI merupakan faktor utama untuk beliau.
Sebelum Penggunaan Ict/Penglibatan PI
Hanya menggunakan asas komputer sahaja dan tidak tahu akan kelebihan yang pusat internet sediakan kepada semua pengguna terutama para usahawan.
Selepas Penggunaan Ict/Penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas dan bengkel yang dianjurkan oleh staff Pusat Internet Jeli, beliau mendapat pengetahuan dari segi asas keusahawanan seperti, cara membuat iklan, tagging, page facebook dan cara mempromosikan produk. Oleh itu, pemasaran produk beliau dapat dilakukan dengan lebih meluas dan mendapat perhatian daripada pelanggan.