mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan – Q1 2020 (Wan Nurwahidah bt Wan Bustamel)

 

NAMA : WAN NURWAHIDAH BT WAN BUSTAMEL

UMUR : 29 TAHUN

AHLI PI : 2020

 

LATAR BELAKANG

Puan Nurwahidah merupakan suri rumah sepenuh masa. Beliau membuat kerja sambilan membuat kuih dan meletakkan  di kedai-kedai makan di kawasan kampung. Pada suau hari, seorang memperkenalkan produk Sobella kepada beliau untuk mencubanya. Dalam masa yang sama, rakan beliau mencadangkan agar beliau meneruskan dengan menjual dan menjadi dropship jualan tersebut. Dengan permintaan yang sangat menggalakkan daripada para pelanggan akhirnya beliau menaiktaraf dari dropship kepada agen jualan. Sehingga kini bisnes semakin maju dan lebih banyak permintaan. 

Sebelum penggunaan ict

Pendapatan bulanan beliau sebelum penggunaan internet hanyalah sekadar RM200 sahaja sebulan. 

Selepas penggunaan ict

Setelah menggunakan media sosial dan platform internet, kina jualan beliau lebih mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai iaitu antara RM400-RM500 sebulan.