Nama: Ismail Bin Yusof
Umur: 56 Tahun
Produk: Pertanian
Latar Belakang
Encik Ismail merupakan seorang peneroka tanah di bawah Rancangan Peneroka Tempatan(RPT KESEDAR) dan beliau menjadikan pertanian ini sebagai kerja sampingan untuk menambahkan pendapatan beliau sekeluarga. Beliau mula menceburkan diri kira-kira 5 tahun yang lepas dan menjual hasil pertanian secara kecil-kecilan sekitar kampung.
Sebelum Penggunaan/Penglibatan
-Kerana jualan ini hanya dijual di kawasan kampung sahaja,pendapatan yang beliau miliki tidaklah besar berbanding penjual diluar sana iaitu dalam lingkungan RM400-RM500 sahaja sebulan.Ini disebabkan oleh tiada kemahiran dan kepakaran untuk membuat pasaran secara atas talian.
Selepas Penggunaan/Penglibatan
-Setelah menggunakan teknologi IT kini pendapatan beliau meningkat mencecah RM1000 sebulan. Dengan adanya media baru, beliau dapat mempromosikan produk beliau menggunakan aplikasi whatapps dan facebook. Kini beliau mudah untuk mendapatkan pelanggan terutamanya pelanggan dari luar kampung dan pemborong besar.
* Antara hasil yang baru dipetik dari kebun dan dibeli oleh pelanggan.

* Antara wakil rakyat yang selalu berkunjung ke kedai kami untuk membeli buah-buahan tempatan yang segar.
