mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan – Q2 2019 (Azizah Binti Sulaiman)

IMG 20190630 151313
 Nama: Azizah Binti Sulaiman  
   
 Umur : 37 Tahun  
   
 Ahli PI: 2019  

 

Latar Belakang

Pn Azizah merupakan seorang guru KAFA yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Long. Beliau juga mula berjinak-jinak dalam perniagaan kecantikan dan kesihatan pada masa kini. Perniagaan yang beliau jalankan ini merupakan kerja sampingan beliau untuk menampung pendapatan yang sedia ada. Apabila menyedari akan kepentingan internet dan kuasa media baru seperti Instagram, Whatsapp, Facebook dan sebagainya merupakan platform yang terbaik untuk mempromosikan perniagaan yang beliau jalankan ini, beliau menjadikan pusat internet sebagai tempat untuk mempelajari ilmu perniagaan secara online dan  medium utama.  

Sebelum Penggunaan Ict/Penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 sahaja sebulan sebagai pendapatan sampingan.

Selepas Penggunaan Ict/Penglibatan PI

Selepas menggunakan ICT, beliau kini dapat mempromosikan produk beliau menggunakan aplikasi Whatsapp, Facebook & Instagram kerana pelanggan beliau biasanya dari luar negeri. Kini pendapatan bulanan beliau mencecah RM800 sebulan.