Nama: Mohd Saiful Bin Yusoh
Umur: 28 Tahun
Produk: Perniagaan atas talian (Beg Tangan Vintage)
Latar Belakang
En Saiful merupakan usahawan yang menjalankan perniagaan secara atas talian. Beliau barangan second hand iaitu beg tangan yang diimport dari luar negara. Apabila menyedari akan kepentingan internet dan kuasa media baru seperti instagram,whatapps,telegram,facebook dan sebagainya merupakan platform terbaik untuk beliau mempromosikan perniagaannya. Hal ini menjadikan beliau berminat untuk mempelajari ilmu perniagaan secara online dan menjadikan Pusat Internet sebagai medium utama untuk meluaskan sumber pendapatan beliau.
Sebelum Penggunaan/Penglibatan
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500-RM600 sahaja sebulan sebagai pendapatan sampingan.
Selepas Penggunaan/Penglibatan
Selepas menggunakan ICT, beliau kini dapat mempromosikan produk beliau menggunakan aplikasi whatapps,facebook dan instagram kerana pelanggan beliau biasanya dari luar negara. Kini pendapatan bulanan beliau mencecah RM2000-RM3000.
– Beg yang dijual ketika menghadiri festival jualan .
– Sering kali menghadiri festival Vintage dalam mengembangkan perniagaan beliau.