NAMA : SITI HAJAR BT MOKHTAR
UMUR : 26 TAHUN
AHLI PI : 2011
LATAR BELAKANG
Cik Hajar merupakan anak tempatan kampung ini. beliau menjadikan solekan salah satu platform untuk beliau memulakan bidang perniagaan disamping menjadikan bidang ini sebagai pekerjaan sampingan beliau. tambahan lagi, solekan ini merupakan salah satu trend untuk generasi pada masa kini memulakan karier mereka dan membina kerjaya. hanya dengan minat pada solekan dan menjadikan aktiviti solekan ini salah satu cara untuk mengisi masa lapang, kini solekan beliau sudah dikenali oleh orang ramai dan telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
Sebelum penggunaan ict
Pada peringkat awal penglibatan beliau dalam bidang solekan ini, pendapatan yang beliau raih hanyalah sekadar biasa-biasa sahaja kerana masih lagi tidak dikenali ramai. Antara pendapatan yang beliau miliki ialah antara RM150-RM180 sahaja.
Selepas penggunaan ict
Kini, setelah menggunakan perkhidmatan secara atas talian dan mempromosikan serta mengiklankan perkhidmatan ini melalui media sosial, sambutan yang beliau dapat sangat menggalakkan dan memberangsangkan . Antara pendapatan yang dimiliki ialah RM350-RM550 sebulan.