mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan – Q4 2020 (Wan Diana Binti Wan Jusoh)

 

NAMA : WAN DIANA BINTI WAN JUSOH

UMUR : 30 TAHUN

AHLI PI : 2020

 

LATAR BELAKANG

Puan Diana merupakan seorang suri rumah yang berfikiran terbuka terutamanya dalam bisnes online. Beliau amat meminati bidang ini kerana banyak barang/ produk yang dijual olehnya asalkan mendatangkan hasil. Cepat bertindak merupakan kunci utama beliau dalam bisnes atas talian. Beliau hanya menjadi stokis-tokis kepada produk-produk yang berkualiti sahaja. Dengan adanya kemudahan media sosial dan pusat internet, beliau dapat mengembangkan lagi bisnes yang dijalankan sekarang. 

Sebelum penggunaan ict

RM500 merupakan pendapatan yang beliau boleh hasilkan dengan jual secara terus dan tanpa menggunakan bantuan ict dan juga media sosial.   

Selepas penggunaan ict

Setelah adanya kemudahan ict, beliau dapat meningkatkan jualan sehingga RM1000 sebulan dan beliau mengembangkan lagi pada masa akan datang dan jumlah itu sudah mencukupi untuk beliau yang seorang suri rumah.