NAMA : NURUL NAJIHAH BT MOHD HALIM
UMUR : 31 TAHUN
AHLI PI : 2018
LATAR BELAKANG
Nurul najihah atau lebih dikenali dengan nama Kak Oyu,merupakan seorang suri rumah separuh masa. Beliau pada mulanya hanya menggunakan produk kecantikan untuk diri sendiri sahaja sebelum mengorak langkah sebagai Agen penjual produk. Hal demikian kerana kesan penggunaan produk kosmetik ini kepadanya amat ketara sekali. Jadi, beliau memutuskan untuk menjual produk tersebut kepada umum dengan memuat naik “posting” di whatapps,facebook dan instagram untuk tujuan promosi. Hasilnya, kini beliau makin dikenali dalam kalangan orang sekitar jeli kerana produk yang dijualnya mempunyai kualiti yang tersendiri.
Sebelum penggunaan ict
Pada peringkat awal penglibatan beliau dalam bidang perniagaan ini, pendapatan yang beliau raih hanyalah di antara RM500-RM600 sebulan sahaja.
Selepas penggunaan ict
Selepas menggunakan ict dana keberkesanan produk beliau kepada pelanggan, kini pendapatan beliau meningkat mencecah RM1000 sebulan. Dengan adanya teknologi kini,beliau dapat meningkatkan promosi produk beliau lebih meluas dan menjadikan lebih ramai pelanggan.