Tarikh | 20 MEI 2023 |
Masa | 12.00 – 12.30 Tengahari |
Tempat | PI Kg.Lata Janggut |
Tujuan
Tujuan pihak PEDI menyediakan kelas dan latihan kepada komuniti setempat adalah untuk memberi pendedahan serta pendidikan yang khusus terutama kepada anak-anak komuniti dengan cara percuma. Terlalu banyak peluang dan faedah yang pihak PEDI sediakan kepada penduduk. Harapan pihak kami agar semua penduduk dapat merebut peluang yang PEDI sediakan ini dan jadikan aktiviti yang kami jalankan ini adalah salah satu peluang untuk anda mengisi masa lapang dan mengisi ruang dengan cara yang lebih berfaedah dan lebih baik.
Aktiviti
PEDI telah melantik dan menyediakan staff yang telah dilatih untuk melaksanakan dan menguruskan tugas-tugas di PEDI dengan sebaiknya. Selain itu, pelbagai aktiviti dan program telah dilaksanakan di PEDI untuk komuniti tempatan secara percuma dan secara mudah. PEDI juga memberikan banyak peluang kepada pengguna yang ingin menggunakan dan melakukan kerja di sini tanpa apa-apa syarat berat kerana tujuan adalah untuk membantu dan meringankan beban komuniti setempat dan membantu semampu yang pihak kami boleh.