Tarikh: 14 Disember 2018
Masa: 10.00am – 11.00am
Tempat: Pusat Internet Kampung Lata Janggut
Tujuan
Tujuan pihak kami mengadakan kuiz sebegini adalah untuk melihat sejauh mana pemahaman mereka berkaitan Program yang di adakan pada hari tersebut. Soalan kuiz akan diajukan secara spontan sahaja oleh pengacara majlis dan pihak Pusat Internet. Segala infomasi berkaitan telah tersedia di dalam pamplet yang di edarkan kepada para pengunjung yang hadir pada hari tersebut.
Aktiviti
Soalan akan di ajukan pada bila-bila masa sahaja oleh pengacara majlis dan staff pusat internet . Para pengunjung boleh menjawab soalan yang di ajukan tersebut. Jika jawapan yang diberikan adalah tepat,mereka akan dikira sebagai pemenang. Banyak hadiah disediakan.