Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.
- – Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
|
- – Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
|
- – Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet 1Malaysia.
|
- – Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
|
- – Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.
|
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
|
PI menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
- – Pengenalan asas komputer
|
|
- – Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
|
- – Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
|
|
PI telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2017. Ramai telah mendaftar diri dengan PI
bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah:-
AHLI TAHUN 2017
|
200
|
AHLI TAHUN 2018
|
376 |
KESELURUHAN AHLI
|
576 |
Untuk menjadi petugas NADI, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas NADI. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami :-
PENGURUS
Nama : Encik Ahmad Tamimi Bin Zulkifli
Mula berkhidmat : 09 Ogos 2017
PENOLONG PENGURUS
Nama : Puan Nuranida Amylia Binti Ismail
Mula berkhidmat : 10 Ogos 2017