Tarikh: 24 November 2018
Masa: 10.00am – 12.00pm
Tempat: Pusat Internet Kampung Lata Janggut
Kelas: Membuat Kolaj
Tujuan
Tujuan pusat internet mengadakan aktiviti seperti ini adalah untuk mengisi masa lapang pengguna yang tergolong daripada kanak-kanak untuk melakukan aktiviti yang berfaedah. Selain itu, tenaga pengajar juga ingin melatih dan memberi pengalaman kepada mereka dengan pelbagai aktiviti yang menarik ini.
Aktiviti
Mereka akan disediakan dengan bahan yang secukupnya untuk melakukan aktiviti tersebut. Mereka hanya melaksanakan aktiviti itu dengan jayanya. Selepas itu, tenaga pengajar akan memantau setiap aktiviti yang mereka lakukan itu dan menilai kreativiti mereka.