Tarikh | 05 Februari 2021 |
Masa | 10.30 – 11.30 Pagi |
Tempat | PI Kg.Lata Janggut |
Tujuan
Tujuan kelas seperti ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada mereka semua agar dapat mengikuti kelas yang diadakan secara atas talian dengan jayanya. Kelas ini dibimbing khusus oleh guru mata pelajaran yang terlatih dan dari sekolah tersebut. ini bagi memberi pendedahan awal kepada murid-murid terutamanya darjah 1 yang baru memasuki alam persekolahan untuk membiasakan diri mereka dengan keadaan semasa pembelajaran di dalam kelas nanti.
Aktiviti
Kelas ini disertai oleh pelajar sekolah rendah terutama pelajar tahap 1 yang baru memasuki persekolahan . Semua soalan diberikan adalah dari guru mata pelajaran itu sendiri yang dibekalkan oleh pihak sekolah atau guru subjek masing-masing.