Air Terjun Lata Janggut
Maklumat tentang air terjun Lata Janggut
Lata – merupakan sebuah sungai yang jeram curam dan sangat dalam airnya pada ketika itu. Tempatnya juga berada dalam keadaan hutan belukar yang tebal dan boleh dikatakan hanya binatang buas sahaja yang tinggal dan pergi ke tempat itu.
Sungai itu juga mempunyai ikan-ikan yang banyak dan besar-besar. Pada ketika itu, penduduk tidaklah ramai hanya beberapa keluarga sahaja yang tinggal di kampung lata janggut . Mereka merupakan orang lama yang membuka / menerokai kawasan tersebut.
Janggut – nama ini pula diambil sempena dengan seorang lelaki tua yang sering berjalan bersama seekor rusa putih, harimau putih dan seekor gajah. Orang tua tersebut dikatakan mempunyai janggutnya sangat panjang dan sering dilihat di sekitar kawasan lata tersebut.
Jadi,digabungkan dan dinamakan tempat ini dengan panggilan LATA JANGGUT sehingga ke hari ini dan menjadi semakin dikenali oleh orang ramai dengan adanya air terjun dapat menarik perhatian orang ramai untuk mengunjungi tempat ini.
Air Terjun Lata Janggut
Air Terjun Lata Janggut ini telah dimajukan oleh Ketua Jajahan Jeli dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Malaysia dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR). Diantara kemudahan yg boleh didapati di kawasan ini ialah wakaf rehat, surau, tempat perkhemahan, jungle tracking dan tempat parkir kenderaan. Namun, pengunjung tidak dihampakan kerana, keadaan air di lata ini amat sesuai untuk mandi manda, berenang dan menyelam.
Hanya kemudahan itu yang disediakan di Air Terjun ini. Namun, keadaan persekitarannya yang telah berubah dan luas sebenarnya kurang penjagaan. Hanya terserah kepada pengunjung semata-mata, kemudahan lain seperti kedai dan warung makanan tidak dapat dikhususkan disitu kerana jumlah pengunjungnya boleh dibilang dengan jari. Pengunjung pastinya ramai apabila tibanya musim cuti persekolahan mahupun cuti hujung minggu seperti hari Jumaat dan Sabtu. Hari-hari lain keadaannya agak lengang dan menyeramkan.
Rujukan : http://azmirelatif-4.blogspot.my/