Tarikh: 15 oktober 2018
Masa: 4.00pm – 5.00pm
Tempat: Pusat Internet Kampung Lata Janggut
Kelas: Pembelajaran Asas Komputer
Tujuan
Tujuan kami mengadakan kelas seperti ini adalah untuk membantu para pelajar mengisi masa mereka dengan cara-cara yang berfaedah. Selain itu, kita juga dapat membantu mereka untuk lebih fasih menggunakan komputer serta tahu cara penggunaan yang betul.
Aktiviti
Mereka disediakan dengan PC setiap seorang, dengan menggunakan microsoft word mereka diminta untuk menaip mengikut apa yang telah dipaparkan di hadapan . Mereka hanya meniru sahaja setiap inci patah kata yang dipaparkan tersebut . Tenaga pengajar akan membuat semakan samada maklumat yang ditaip itu betul atau salah.