mcmc
Utama

PENDAFTARAN GUIDANCE TUITION 2026 FASA KEDUA KINI DIBUKA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Pendaftaran Guidance Tuition Fasa Kedua bagi pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 untuk sesi tahun 2026 kini dibuka.

Pendaftaran ini akan ditutup pada 31 Januari 2026 (Ahad). Pihak NADI diminta memastikan semua pendaftaran dibuat sebelum tarikh ini.

Manfaat Program Guidance Tuition

Para pelajar yang menyertai program ini akan mendapat manfaat seperti berikut:

  • Akses menyeluruh program DILEA Tuisyen Rakyat.
  • Bimbingan dan tunjuk ajar secara langsung daripada guru-guru sepanjang tahun.
  • Pemantauan prestasi dan pencapaian pelajar melalui rekod kemajuan bulanan.
  • Penyampaian anugerah kecemerlangan bagi mengiktiraf pencapaian pelajar.
  • Ujian dan latihan berkala untuk mengukuhkan pemahaman.
  • Pengagihan kepada kumpulan pembelajaran yang strategik bersama guru berpengalaman.