Pada 5 Oktober 2017, Khamis bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet 1Malaysia Kg Lata Janggut telah diadakan Kelas Membuat Email menggunakan Google (Gmail). Program ini diadakan bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah yang baru menamatkan sesi persekohan seperti darjah 6.
Program ini bermula jam 3.30 sehingga 5.00 petang. Peserta diberi penerangan mengenai web yang akan digunakan dalam membuat gmail. Selepas itu peserta diajar cara menyelesaikan masalah jika lupa password atau username.
Diharapkan program ini dapat meningkatkan kemahiran dan pembangunan diri masyarakat terutamanya.