Tarikh: 18/11/2017
Tempat: PI1M Kg.Lata Janggut
Masa: 11.00am – 1.00pm
Peserta: 5 Orang
Tujuan
Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak bagaimana cara menggunakan IT dengan cara berkesan dan berfaedah. Disamping memberi pendedahan khusus am nya buat kanak-kanak yang baru mengenali dan celik IT agar tidak salah menggunakan kemudahan yang disediakan ini.
Aktiviti
Peserta diberi PC setiap satu dan arahan akan diberikan oleh tenaga pengajar iaitu setiap orang peserta akan memilih salah satu tajuk untuk dilayarkan.Contohnya,pilihan peserta laman berita. Jadi setiap peserta hendaklah memilih salah satu tajuk yang berlainan berkaitan berita semasa dan melayarinya. Selepas itu,peserta harus membaca isi kandungan berita dan menceritakan kepada tenaga pengajar dan rakan-rakan apa yang mereka faham tentang berita yang disampaikan itu.