Tarikh: 11 Disember 2018
Masa: 3.00pm – 4.00pm
Tempat: Padang Kampung Lata Janggut
Tujuan
Pusat Internet Kampung Lata Janggut telah mengadakan satu pertandingan bola sepak persahabatan bawah 18 untuk semua anak-anak muda yang berada di kampung Lata Janggut dan kawasan yang berdekatan dengannya.Pertandingan ini diadakan untuk mengisi masa terluang mereka dan mengajak mereka melakukan aktiviti yang berfaedah serta dalam masa yang sama dapat memberi kesihatan kepada tubuh badan mereka.
Aktiviti
Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B. Penyertaan adalah sangat menggalakkan daripada anak-anak muda tempatan. Pertandingan ini mengambil masa 1jam sahaja. Pasukan yang menyumbangkan gol yang paling banyak dikira sebagai juara pertandingan tersebut. Semoga pertandingan seperti ini dapat dibuat lagi pada masa-masa yang akan datang.