Tarikh: 20 oktober 2018
Masa: 4.00pm – 6.00pm
Tempat: Pusat Internet Kampung Lata Janggut
Kelas: Pertandingan kuiz online
Tujuan
Tujuan kami mengadakan kelas seperti ini adalah untuk membantu para pelajar mengisi masa mereka dengan cara-cara yang berfaedah. Selain itu, kita juga dapat membantu mereka untuk lebih fasih menggunakan komputer serta tahu cara penggunaan yang betul.
Aktiviti
Mereka disediakan dengan PC setiap seorang, tenaga pengajar akan menyediakan link dan website bagi pertandingan kuiz yang akan dijalankan itu. Dengan masa yang telah ditetapkan peserta dikehendaki menjawab semua soalan yang tersediakan itu. Selepas itu, di akhir permainan setiap peserta boleh melihat ranking dan markah yang mereka perolehi itu.