Kebanyakan masa penduduk wanita di Kampung Lata janggut padat dengan aktiviti keagamaan seperti kelas agama dan bacaan Yasin. Malahan kelas bacaan Yasin seringkali diadakan di rumah pengajar yang merupakan penduduk Kampung Lata Janggut sendiri ataupun di Masjid yang biasanya dilakukan setiap malam jumaat.
Selain melibatkan diri dalam aktiviti kewanitaan segelintir wanita kampung juga aktif berniaga seperti membuka kedai makan, kedai runcit dan pelbagai lagi. Walaupun sibuk dengan aktiviti masing-masing, mereka masih berkesempatan menyertai aktiviti gotong-royong dan secara tidak langsung dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim.